[Hari 10] Apa yang Didedahkan oleh Ketakutan


Image
HARI 10
Apa yang Didedahkan oleh Ketakutan


Sungguh, Dialah yang akan melepaskan engkau dari jerat penangkap burung, dari penyakit sampar yang busuk. Dengan kepak-Nya Ia akan menudungi engkau, di bawah sayap-Nya engkau akan berlindung, kesetiaan-Nya ialah perisai dan pagar tembok.
Mazmur 91: 3-4

Koronavirus telah mengancam dunia sejak awal tahun 2020. Pada saat renungan ini ditulis, terdapat lebih daripada 100 juta kes yang disahkan dijangkiti di seluruh dunia, lebih daripada 2 juta kematian, 76 juta disembuhkan. Virus ini telah merebak ke seluruh dunia, mempengaruhi hampir setiap bangsa. Dalam menghadapi ancaman kematian, ketakutan mendedahkan  satu bahagian manusia yang tidak begitu baik! Permusuhan yang tidak berasas digerakkan terhadap orang Cina di pelbagai tempat di dunia. Orang-orang yang kelihatan berasal dari Asia ditolak dari penggunaan pengangkutan awam, mereka diganggu, dilarang masuk ke restoran, dll. Ketakutan mendedahkan bahagian terburuk umat manusia.

Tuhan amat mengetahui bahawa di dunia yang telah Jatuh ini, manusia akan mengalami pelbagai ketakutan. Ketakutan memerangkap. Ketakutan memperhambakan dan mendorong manusia membuat pilihan dan keputusan yang tidak salih. Ia tidak membangunkan tetapi membawa kehancuran bagi orang yang takut. Ia merebak sehingga merosakkan hubungan. Ia tidak menghasilkan buah yang baik kerana objek ketakutan menjadi tuan kepada manusia.

Firman Tuhan sering berbicara mengenai ketakutan. Oleh itu, Tuhan menghibur dan mendorong mereka yang takut pada Dia, mereka yang menjadikan Dia tuan mereka tidak akan mengalami ketakutan lain. Bukan bermaksud kita akan menjadi "kebal" terhadap ketakutan, tetapi ketika mengalami ketakutan, kita dapat berlari kepada Tuhan, dan "tinggal dalam naungan-Nya", seperti apa yang dikatakan oleh pemazmur dalam Mazmur 91.

Apa yang kamu takuti? Jangan biarkan ketakutan mendorong kamu menjalani hidup dengan bahagian kamu yang terburuk. Ketika dalam ketakutan, pilihlah untuk berlari kepada Tuhan. Tentukan bahawa satu-satunya yang kamu perlu takut – perlu mengambil dengan serius dalam hidup kamu, adalah Tuhan. Tuhan dapat menggunakan setiap ketakutan yang kita alami sebagai satu peluang bagi kita mengalami perlindungan dan kesetiaan-Nya. Ketakutan tidak perlu mendedahkan bahagian terburuk kita, serahkan ketakutan kepada Tuhan dan Dia akan mengeluarkan yang terbaik daripada kita. Sama seperti keadaan semasa. Ada yang memilih untuk menunjukkan belas kasihan dan rasa hormat, bahkan kepada mereka yang disyaki sebagai pembawa koronavirus!

Tuhan kita lebih besar dari segala ketakutan kita!


FOKUS DOA
  1. Mintalah Tuhan untuk menyatakan kepada kamu keputusan-keputusan yang dibuat dalam keadaan takut pasa masa lalu. Mengakui dan bertaubat dari keputusan-keputusan yang tidak dibuat dalam iman.
  2. Mintalah Tuhan untuk memenuhi kamu dengan ketakutan akan Tuhan di dalam hatimu. Doakan supaya bimbingan Tuhan menolong kamu agar tidak lagi membuat keputusan yang ditentukan oleh ketakutan lain, tetapi berdasarkan iman dalam Tuhan.