[Hari 12] Hidup dalam Normal Allah


Image
HARI 12
Hidup dalam Normal Allah


"Pergilah dari sini, berjalanlah ke timur dan bersembunyilah di tepi sungai Kerit di sebelah timur sungai Yordan. Engkau dapat minum dari sungai itu, dan burung-burung gagak telah Kuperintahkan untuk memberi makan engkau di sana.” …Maka datanglah firman TUHAN kepada Elia: Bersiaplah, pergi ke Sarfat yang termasuk wilayah Sidon, dan diamlah di sana. Ketahuilah, Aku telah memerintahkan seorang janda untuk memberi engkau makan.'
1 Raja 17:3-4, 8-9

Dalam 1 Raja Raja 17, Elia baru sahaja mengisytiharkan 3 tahun kemarau ke atas Israel. Dan pastinya akan diikuti dengan kebuluran. Raja Israel bersama dengan rakyat, telah meninggalkan Tuhan. Bencana alam tersebut adalah akibat daripada ketidaktaatan dan pemberontakan Israel. Walaupun Allah berurusan dengan umatNya, hamba Allah seperti Elia juga sangat terkesan oleh hal ini. Yang pasti, Allah tidak bertujuan untuk memusnahkan kita. Namun, apabila Tuhan mengirimkan kebuluran di tanah Isreal, bekalan yang datang daripada aktiviti pertanian juga terhenti. Oleh itu, Allah memakai anak sungai, burung gagak dan seorang janda untuk memberi bekalan kepada Elia. Alangkah ajaibnya!

Apabila sistem yang mendatangkan bekalan runtuh, Allah memakai yang nampaknya  kecil dan dijadikan sumber bekalan – sungai yang kecil dan air yang sedikit, burung gagak adalah seekor burung yang mementingkan diri dan seorang janda yang merupakan orang miskin dan terpinggir dalam masyarakat. Sepertimana PerintahNya kepada hamba Allah, apabila dia mentaati, bekalan datang kepadanya dalam cara yang tidak normal.

Impak pandemik masa kini belum lagi dapat disaksikan dan dirasai sepenuhnya. Ia akan memberi kesan buruk kepada peruntukan bekalan kita dengan teruk. Allah menyerang ilah-ilah dunia ini, mencabar falsafah dan sistem dunia yang secara terang-terangan menolak Allah dan nilaiNya. Virus Covid-19 telah menundukkan dunia ke atas lutut kita. Apakah yang akan terjadi dengan uamt Allah yang setia? Adakah kita terkecuali daripada “kemarau” bekalan ini? Saya fikir tidak. Umat Allah juga akan mengalaminya atau mengalami penurunan dalam pendapatan, ketidakselesaan, kekhuatiran, kekurangan dan ketidakpastian. Tetapi Allah kita adalah Allah Elia. Dia yang telah membekalkan bagi Elia di luar daripada sistem kewangan semasa zamannya akan membekalkan kita, kasih setiaNya. Dalam situasi yang tidak normal, kamu akan menemukan campurtangan Tuhan yang luarbiasa. Kamu akan menemukan “normal” Allah dalam keadaan “abnormal” manusia.

Tetapkan mata anda kepada Tuhan dan Bapa yang setia. Pandanglah di luar kotak. Sekiranya sistem yang kita bergantung gagal untuk membekalkan kita, Dia akan memerintahkan bekalan datang daripada sumber-sumber yang tidak dapat dibayangkan. Kerana Bapa disyurga prihatin akan kamu!


FOKUS DOA
Serahkan semua bebanmu kepada Yesus hari ini – diri kamu, keluarga dan orang tersayang, rakan sekerja, rakan sekolah/university/kolej, gereja dan bangsa. Dalam setiap hal, ucapkan bekalan dan berkat dengan iman.