[Hari 13] Putih Mata Musuhmu


Image
HARI 13
Putih Mata Musuhmu


Sebab beginilah firman Tuhan ALLAH, Yang Mahakudus, Allah Israel: "Dengan bertobat dan tinggal diam kamu akan diselamatkan, dalam tinggal tenang dan percaya terletak kekuatanmu." Tetapi kamu enggan.”
Yesaya 30:15

Ketika Perang Bunker Hill pada 17 Jun, Kolonel Amerika, William Prescott memberikan perintah yang terkenal ini kepada orang-orangnya. “Jangan tembak sehingga kamu nampak putih mata mereka!”. Askar-askar Amerika ini pun berbaring tenang dan menunggu dalam keadaan tegang, mengumpan musuh yang menuju ke arah mereka. Apabila mereka semakin dekat, orang-orang Prescott menembak, mengalahkan askar British pada hari itu.

Ada ketika apabila kita diperhadapkan dengan cabaran-cabaran yang besar, terharu dengan keterlaluan mereka, Firman Tuhan kepada kita mungkin sesuatu seperti petikan Alkitab hari ini. Daripada tergesa-gesa, dan kadangkala secara panik mencari jawapan dan penyelesaian yang cepat, kita perlu berdiam dalam hadirat Tuhan. Kembali, menunjukkan kita mungkin telah mejauh dari jalan Tuhan. Berehat, memberitahu kita bahawa kita mungkin penat oleh kerana jerih payah yang sia-sia. Kekuatan kita tidak cukup. Kita perlu pertolongan ilahi daripada Tuhan. Kekuatan itu yang sangat kita perlukan dalam waktu yang luarbiasa bergantung kepada keyakinan kita dalam Tuhan, iman percaya kita akan kasihNya terhadap kita. Dalam melangkah kehadapan, hikmat dan strategi sedemikian hanya datang daripada Tuhan.

Bayangkan kamu adalah salah seorang askar Prescott. Dalam waktu singkat menantikan musuh datang dengan cukup dekat untuk melihat putih mata mereka, pastinya tidak mengasyikkan. Kehidupan kamu bergantung kepada waktu yang tepat untuk bertindak, dan bertindak dengan tepat. Berbaring dalam kesenyapan, kemudian tiba waktunya untuk bangkit. Tiba-tiba, kekuatan meningkat. Musuh dikalahkan!

Kadangkala kita perlu disembunyikan dalam Tuhan. Kembali kepada Dia dan jalanNya, mendengar suaraNya, berehat dan mengumpul semula kekuatan kita. Hanya jika kita sanggup, maka kita akan pasti mengalami penerobosan yang besar di dalam doa, pelayanan, kewangan, kesihatan dan perhubungan.

Adakah anda sanggup?


FOKUS DOA
Ambil waktu seketika untuk berdiam. Izinkan Tuhan menolong kamu menilai situasi kamu. Fokus semula dan minta Tuhan membimbing kamu membuat strategi semula. Berehat dalam Tuhan, menyembah dan memuji Dia.