[Hari 15] Perspektif


Image
HARI 15
Perspektif


Kemudian dari pada itu aku melihat: Sesungguhnya, sebuah pintu terbuka di sorga dan suara yang dahulu yang telah kudengar, berkata kepadaku seperti bunyi sangkakala, katanya: Naiklah ke mari dan Aku akan menunjukkan kepadamu apa yang harus terjadi sesudah ini. Segera aku dikuasai oleh Roh dan lihatlah, sebuah takhta terdiri di sorga, dan di takhta itu duduk Seorang.
Wahyu 4:1-2

Adakah anda pernah cuba untuk melihat gambar 3-D? Menatapnya, menyipitkan mata, cuba melihat satu benda yang tersembunyi di dalam gambar. Sesetengah orang mungkin mencuba untuk waktu yang lama tetapi masih tidak dapat mengenalpasti objeknya. Sesetengah orang dapat melihatnya hanya dalam beberapa saat. Hakikatnya adalah, walaupun objek tersebut mungkin mengelak daripada pandangan kita, ia tidak bermaksud ia tidak ada di situ. Ini adalah tentang sudut dan perspektif.

Dalam petikan Alkitab hari ini, Yohanes melihat pintu syurga terbuka. Dia mendengar suara kepadaNya “naiklah ke mari”, supaya dia dapat melihat apa yang terjadi selepas ini. Sangat ketara, bukan tentang ketinggian, tetapi berada dalam hadirat Allah yang memberikan manfaat kepada Yohanes untuk melihat dengan jelas apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Dengan memiliki perspektif tersebut membolehkan Yohanes dan pembacanya menyelaraskan hidup mereka dengan tepat.

Hari ini, kamu mungkin berhadapan dengan cabaran melebihi kemampuan yang dapat kamu tanggung atau jangka akan perkembangannya pada masa hadapan. Memiliki pengetahuan akan apa yang akan terjadi, akan mempersiapkan kamu untuk masa depan yang lebih baik. Tetapi memiliki perspektif Tuhan dalam hal tersebut sebenarnya akan memberikan kamu kemenangan di penghujungnya. Memiliki perspektif Allah akan hal itu akan memberikan kamu harapan, kerana Allah memiliki tujuan yang terbaik bagi kamu dalam fikiranNya. Dia mahu memberikan kamu strategiNya untuk mengatasi, untuk menang dan untuk penerobosan. Dia mahu menyatakan kepada kamu hati dan kehendakNya, supaya kamu dapat menyelaraskan hidup kamu dengan tujuanNya.

Untuk memiliki perspektifNya kita perlu diperbaharui dalam cara kita memproses fikiran. Kita perlu membenarkan Roh KudusNya untuk memperbaharui fikiran kita. kita perlu datang kepadaNya dalam Roh, dan melihat melalui lensa kebenaranNya, sifatNya, belaskasihanNya, kebenaranNya, kekudusanNya dan keadilanNya – baik pulih penglihatan mata.

 “Naiklah ke mari” kepadaNya, dan melihat bahawa Dia masih teguh duduk di atas takhta dan perspektif kamu pasti berubah!


FOKUS DOA
Mintalah kepada Tuhan pandangan yang segar dan baru dalam setiap situasi yang kamu doakan. Berdoa sesuai dengan penyataan Roh Kudus.