[Hari 18] Berdikari Namun Bergantung


Image
HARI 18
Berdikari Namun Bergantung


Sebab di dalam Dia kita hidup, kita bergerak, kita ada, seperti yang telah juga dikatakan oleh pujangga-pujanggamu: Sebab kita ini dari keturunan Allah juga.’
Kisah Para Rasul 17:28

Tahun lalu, anak perempuan saya pergi sendirian ke Kuala Lumpur untuk menghantar permohonan visa pelajarnya. Ramai yang mengetahui tentangnya dan mengulas betapa berdikari dia! Walaupun dia berdikari dalam banyak hal, dia juga tahu mencari pertolongan dalam perkara yang dia perlukan sokongan, nasihat dan bantuan, khususnya dari kawan-kawan dan ibubapanya.

Kehidupan kita sebagai Kristian juga memiliki ciri-ciri yang sama. Apabila kita datang kepada Yesus dalam pertaubatan dan menerima pengampunan Allah, kita bebas daripada akibat dosa. Kita “bebas” daripada perhambaan dosa. Kita diharapkan untuk membuat pilihan dalam kehidupan dan memolih kekudusan, ketaatan dan berjalan dalam kebenaran. Kita “bebas” untuk membuat pilihan yang ilahi. Namun, Allah adalah Bapa kita. Hidup kita juga tidak akan pernah cukup dengan sendiri. Kita tidak menemukan apa pun yang kita perlukan dan semua sumber yang kita inginkan dengan sendiri. “Sebab dalam Dia kita hidup”. Kita bergantung kepada Tuhan Bapa kita sumber yang kita perlukan dalam hidup kita. Lebih daripada itu, kita hanya dapat menemukan identiti, kepentingan, tujuan dan destini kita dalam Dia yang menciptakan kita.

Tiada manusia yang merupakan sebuah pulau, seperti pepatah ini. Sebagai orang Kristian, kita juga memerlukan orang lain dalam gereja. Kita memerlukan sokongan orang lain dan kita memerlukan sokongan orang lain dalam perjalanan iman kita. kita dipanggil untuk berdikari dan pada masa yang sama, saling bergantung.

Sementara saya merenungkan kehidupan bangsa ini, saya cenderung untuk berfikir bahawa prinsip yang sama digunapakai. Kita bersyukur dalam kebebasan kita daripada penjajah. Namun, untuk negara ini masuk ke dalam identiti yang Allah berikan dan takdirNya, kita perlu bergantung kepada Allah. Supaya damai dan kemakmuran yang benar dialami oleh bangsa kita, maka bangsa, agama dan kumpulan etnik yang berbeza dalam negara ini perlu belajar saling bergantung di antara satu sama lain.


FOKUS DOA
Berdoa untuk bangsa kita, agar para pemimpin dan rakyat akan mengarahkan mata mereka kepada prinsip dan nilai Allah yang tidak pernah gagal dan ditelan zaman, dan mengikutinya dalam setiap urusan dan perhubungan bangsa ini.