[Hari 21] Jalan Sesak atau Luas


Image
HARI 21
Jalan Sesak atau Luas


Masuklah melalui pintu yang sesak itu, karena lebarlah pintu dan luaslah jalan yang menuju kepada kebinasaan, dan banyak orang yang masuk melaluinya; karena sesaklah pintu dan sempitlah jalan yang menuju kepada kehidupan, dan sedikit orang yang mendapatinya.”
Matius 7:13-14

Ia adalah kecenderungan semula jadi manusia, di mana apabila kita harus pilih di antara dua jalan, kita akan pilih jalan yang lebih senang untuk dilalui. Ketika saya dalam perjalanan ekspedisi di sebuah hutan, yang merupakan sebahagian dari latihan saya dalam Boys’ Brigade, kami dibimbing oleh anggota tentera. Mereka adalah pelatih kami. Kami sepatutnya menembus hutan, dan mengikuti peta untuk sampai ke destinasi kami. Tidak lama selepas kami memulakan perjalanan, tugas itu terbukti terlalu menakutkan bagi sekumpulan remaja lelaki. Ketika kami menemui jalan yang tersedia, rata dan luas, kami cenderung untuk menggunakan jalan tersebut. Tetapi, pelatih kami akan memanggil di belakang, “jangan pilih jalan yang senang dan luas, ia mungkin akan menyesatkan anda. Ikut peta. Peta tidak akan bohong!” Satu pelajaran yang baik. Oleh itu, kami mengikuti peta dan memilih jalan yang tidak begitu mudah dan akhirnya sampai ke destinasi kami pada hari yang sama.

TUHAN telah meletakkan di hadapan kita dua jalan untuk kita pilih dalam hidup: hidup dalam kedagingan atau hidup dalam Roh. Hidup dalam kedagingan lebih mudah diikuti kerana ia lebih menarik bagi tubuh kita. Ia seumpama gerbang yang luas dan jalan yang lapang. Tetapi ahkirnya membawa kepada maut, jauh dari destini dan berkat yang telah Allah sediakan untuk kita. Sebaliknya, hidup dalam Roh bukanlah suatu yang semula jadi bagi kita. Ia seumpama gerbang yang sempit dan jalan yang sesak. Kita harus mengubah cara kita, menerapkan sikap yang berbeza dan membuat pilihan yang sukar supaya kita boleh melaluinya. Kita juga harus bersetuju dengan Allah serta firman-Nya, dan mengizinkan Roh Kudus untuk mengubah kita dari dalam ke luar. Sering kali melibatkan pengorbanan, pertaubatan, melepaskan sesuatu, dan merangkul yang baru. Tetapi, ia akan membawa kepada kehidupan, kesempurnaan destini Allah untuk kita dan berkat bagi diri kita dan keluarga kita.

Hanya hidup dalam Roh yang akan membawa kepada destini kita dalam Kristus. Apabila kita berjalan dalam destini kita, mereka yang di bawah kuasa jagaan kita juga akan berjalan mengikut destini mereka. Apabila Gereja berjalan dalam destininya, Gereja akan mengantar bangsa-bangsa masuk ke dalam destini mereka.

Jalan Sesak atau Luas? Pilihlah dengan bijak.


FOKUS DOA
  1. Bertaubatlah pada saat-saat di mana anda telah menyimpang dari jalan kebenaran Allah, sehingga menyebabkan anda kehilangan destin TUHAN pada waktu itu. Meminta pemulihan dari TUHAN.
  2. Berdoa untuk mereka yang mungkin tersesat dari jalan Allah, untuk kembali kepada Jalan yang membawa kepada kehidupan.