[Hari 23] Benar-benar Bebas


Image
HARI 23
Benar-benar Bebas


Segala sesuatu diperbolehkan." Benar, tetapi bukan segala sesuatu berguna. "Segala sesuatu diperbolehkan." Benar, tetapi bukan segala sesuatu membangun. Jangan seorangpun yang mencari keuntungannya sendiri, tetapi hendaklah tiap-tiap orang mencari keuntungan orang lain.
1 Korintus 10: 23-24

Kehendak bebas adalah sebahagin yang tak terpisah dari manusia. Apa-apa penindasan yang tidak saleh terhadap kehendak bebas seseorang akan menyakiti orang tersebut. Ramai orang mendapati apabila TUHAN menyembuhkan mereka, mereka dibebaskan untuk membuat keputusan dan pilihan dengan meggunakan kehendak bebas mereka.

Dalam masyarakat, cuba bayangkan jika setiap orang dibenarkan menggunakan kehendak bebas mereka mengikut keinginan mereka – tidak kira bila, bagaimana dan di mana mereka ingin gunakan. Sebagai contoh: jika kanak-kanak dibenarkan memilih bagaimana, di mana dan cara mereka mahu makan dengan mengikut kehendak bebas mereka, apakah akibat yang anda jangkakan? Ekoran daripada itu, masyarakat menyedari bahawa penggunaan kehendak bebas (walaupun penting untuk identiti dan keperibadian bagi setiap individu), harus ada batasannya. Kerana kehendak bebas seseorang tidak boleh memudaratkan orang lain. Dalam menggunakan kehendak bebas, seseorang tidak boleh melanggar atau menganiaya orang lain. Ini adaah batasan yang dijangka agar dihormati dan diikuti oleh setiap orang.  Oleh sebab itu, kita semua mempunyai tanggungjawab, kerana kehendak bebas selalunya datang beserta dengan taggungjawab.

Ramai orang pada hari ini memainkan peranan sebagai seorang ‘peguam’ketika menegaskan hak kita menggunakan kehendak bebas kita. Sekiranya saya berbuat demikian, adakah ia sah? Adakah ia dibenarkan di bawah undang-undang? Jika ya, kita akan merasa kita mempunyai hak melakukan perkara yang kita ingini, dan kadang-kadang tanpa menghiraukan kesejahteraan orang lain. Dalam petikan Alkitab hari ini, Rasul Paulus mengatakan keputusan kita menggunakan kehendak bebas kita tidak boleh hanya berpandu pada kesahan tindakah tersebut. Tetapi ia harus berpandu pada kesejahteraan umum dan dengan mempertimbangkan kesejahteraan orang lain. Sebenarnya, dia berkata jika tindakan tersebut jelas tidak membangunkan – tidak membina dan tidak membawa manfaat kepada orang lain, tidak melindungi, malah memudaratkan orang lain – Paulus berkata dia tidak akan melakukannya. Kita juga harus mencontohi dia.

Bagaimana kita harus gunakan kehendak bebas kita? Tindakan kita, keputusan kita, kata-kata dan ayat-ayat yang kita tulis harus berpandu kepada apa? Yang pertama, kita harus mengambil tanggungjawab yang diakibatkan oleh kehendak bebas kita. Yang kedua, sebagaimana Surat Pertama Rasul Paulus kepada gereja di Korintus, iaitu berpandu pada kasih. Betapa berbeza dengan dunia kita hari ini!

Keupayaan untuk menahan atau mengawal kehendak bebas kita kerana kasih kepada orang lain adalah kebebasan sejati – untuk kita dan orang lain.


FOKUS DOA
  1. Luangkan masa meminta TUHAN menunjukkan kepada kita, jika pilihan kehendak bebas kita telah memudaratkan atau menyakiti orang lain. Meminta TUHAN mengampuni kita dan membebaskan kita dari rasa bersalah.
  2. Undanglah Roh Kudus untuk mencurahkan kasih Allah ke dalam hati anda, agar kasih-Nya akan menjadi motivasi di sebalik pilihan kehendak bebas anda.