[Hari 31] Pergi ke Gunung Batu


Image
HARI 31
Pergi ke Gunung Batu


Dan Akupun berkata kepadamu: Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya. Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Sorga. Apa yang kauikat di dunia ini akan terikat di sorga dan apa yang kaulepaskan di dunia ini akan terlepas di sorga.”
Matius 16:18-19

Sesuatu kesukaran yang sangat sulit sehingga boleh menjadi penghalang kepada hubungan kita dengan Tuhan, secara logiknya kesukaran itu semestinya lebih besar daripada Tuhan — bukankah?  Sebenarnya tidak. Tetapi jika fikiran kamu tidak diperbaharui oleh Firman Tuhan, kamu mungkin akan terpengaruh dengan logik seperti itu.

Sejujurnya, dan sebenarnya, tidak ada yang lebih besar daripada kasih Tuhan untuk kamu dan tidak ada apa-apa yang dapat menghalang kamu dari menerima kasih-Nya. Tuhan bertekad untuk membawa kamu keluar!

Fikirkan tentang itu.

Di tengah-tengah kekuatan kuasa-kuasa kemusnahan, kita dapat melihat sifat sebenar kekuatan itu – iaitu sifat penindasan. Jangan tertipu. Jangan meletakkan iman kamu ke atas perkara sebegitu. Jangan percaya bahawa kamu telah kalah dan jangan menerima celaan dari musuh yang mengatakan, "Di mana Tuhan kamu sekarang?"

Jangan diperdayakan — jangan percaya bahawa ada sesuatu yang boleh memisahkan kamu dari kasih-Nya. (Roma 8: 35-39) Dia ada di sana bersamamu dan Dia menuai hasil yang baik untuk kamu, hasil yang ditahbiskan dan hasil yang pasti, walaupun kamu tidak dapat melihatnya sekarang.

Tetap beriman. Roh Kudus memimpinmu. Walaupun terdapat keadaan yang merosakkan di sekelilingmu, Dia bersamamu dan akan menolong kamu dan membawa kamu keluar!  Apabila semuanya sudah dikatakan dan dilakukan, aroma kedamaian Tuhan, bukannya asap api neraka, yang akan menandakan dan membezakan kamu.

Pergilah ke Gunung Batu dari mana kamu dipahat. Gunung batu Kehadiran-Nya adalah untuk kamu. Allah di pihak kamu - siapakah yang boleh melawan kamu? (Roma 8:31)

Diadopsi dari Renungan Harian oleh Shirley Weaver


FOKUS DOA
  1. Mengaku dan bertaubat di mana kamu telah percaya bahawa adanya perkara yang lebih berkuasa daripada kasih Tuhan kepada kamu.
  2. Berdoalah agar tidak putus asa akibat pengalaman kegagalan dan kekecewaan, agar ia tidak menjadi penghalang di antara kasih Tuhan kepada kamu, kasih Tuhan kepada keluargamu, kasih Tuhan kepada orang-orang yang kamu doakan.