[Hari 2] Jangan Berhenti


Image
HARI 2
Jangan Berhenti


“Tetapi berkatalah Musa kepada bangsa itu: "Janganlah takut, berdirilah tetap dan lihatlah keselamatan dari TUHAN, yang akan diberikan-Nya hari ini kepadamu; sebab orang Mesir yang kamu lihat hari ini, tidak akan kamu lihat lagi untuk selama-lamanya. TUHAN akan berperang untuk kamu, dan kamu akan diam saja." Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Mengapakah engkau berseru-seru demikian kepada-Ku? Katakanlah kepada orang Israel, supaya mereka berangkat.
Keluaran 14:13-15

Ketika orang-orang Israel keluar dari Mesir, mereka tahu ke mana tempat yang mereka perlu pergi, dan mereka juga tahu tempat yang mereka tidak sepatutnya berada – iaitu Mesir. Mereka tahu bahawa Tuhan mereka memimpin mereka ke negeri yang Dia telah janjikan untuk nenek moyang mereka. Masalahnya: perjalanan telah menjadi sukar sekali!

Dalam setiap situasi, ingat bahawa satu jalan sudah dibuka untuk kamu, penyelesaiannya sudah tersusun. Abaikan nasihat yang tidak sesuai dengan pengharapan ini. Abaikan apa sahaja yang kurang berbanding dengan piawaian Kristus yang ada dalam dirimu ... harapanmu!

Mungkin ini memerlukan beberapa minit atau berjam-jam, mungkin berbulan-bulan atau bertahun-tahun, tetapi jangan undur atau putus asa terhadap asas yang telah dibina dan pembayaran pendahuluan yang dibuat bagi pihak anda dari awal. Kedua-duanya akan bertahan!

Tumpukan perhatian. Jangan ketepikan. Menimba keberanian dari dalamanmu. Hulurkan tanganmu dengan segala cara yang anda boleh dan jangan menahan apa-apa. Berikan yang terbaik. Menyemai dan menuai pada masa yang sama! Kepala ke atas, bahu ke belakang.

Ingatlah apa yang Dia telah katakan sewaktu di gunung dan walaupun semuanya tidak sempurna sepanjang perjalanan, jangan berhenti ... tidak kira apapun!(Renungan oleh Shirley Weaver)

Semasa kamu memasuki tahun baru ini, teruskan dengan jalan yang telah ditentukan oleh Tuhan untuk kamu. Dia akan mengkabulkan kepadamu janji-janji-Nya, tetapi kamu mempunyai tanggungjawab: iaitu jangan berhenti, maju ke depan!


FOKUS DOA
Catatkan apa yang telah kamu berazam untuk melakukan pada tahun ini, berkenaan dengan tujuan peribadimu, keluarga, pelayanan, kehidupan rohani, atau bidang lain. Berdoalah untuk setiap perkara itu masing-masing dan memohon agar Tuhan mencurahkan rahmat-Nya supaya kamu bertahan, dan memberkatimu dengan hasil yang bermanfaat.