[Hari 11] Maju ke Hadapan Ditengah-tengah Perubahan


Image
HARI 11
Maju ke Hadapan Ditengah-tengah Perubahan


Demikian juga Roh membantu kita dalam kelemahan kita; sebab kita tidak tahu, bagaimana sebenarnya harus berdoa; tetapi Roh sendiri berdoa untuk kita kepada Allah dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan. Dan Allah yang menyelidiki hati nurani, mengetahui maksud Roh itu, yaitu bahwa Ia, sesuai dengan kehendak Allah, berdoa untuk orang-orang kudus.
Roma 8: 26-27

Tiada keperluan yang lebih terdesak pada waktu ini selain daripada mencari bimbingan Tuhan untuk mengemudi perjalanan kita di hadapan. Kita tidak pernah melalui perjalanan ini sebelum ini. Kita perlu tahu bagaimana menempatkan diri kita bagi diri kita, dan untuk generasi kita dan generasi seterusnya.

“Sejarah mengajar akan keperluan untuk kita bersyafaat ke hadapan tren global, mempersembahkan harapan dan sesuatu yang kukuh kepada mereka yang berada di dalam angin perubahan ini. Sekiranya kita tidak berdoa, sebaliknya fokus kepada apa yang kita boleh lihat secara semulajadi, atau sekiranya kita hidup dalam kemuliaan masa lalu dan tidak dapat melibatkan diri dalam masa kini, kita tidak akan menjadi pengaruh dengan pandangan Allah; sekiranya kita tidak dapat berhubung kepada permintaan kontemporari dari suatu kedudukan doa dengan sudut pandangan sedunia, sejarah akan mengajar generasi seterusnya bahawa kita telah gagal dalam misi kita untuk memimpin.

Semasa zaman Yesus terdapat orang-orang gila yang dirasuki oleh roh-roh jahat, pemerintah kejam yang menjadikan mereka mangsa dan memperhambakan mereka. Respon TUHAN datang dengan kuasa – bukan daripada baying-bayang, dan pasti bukan daripada pagar keagaaman yang selamat. Dia memanggil untuk membuat perhitungan kepada individu dan sistem yang mengancam untuk memusnahkan dan pada akhirnya memberikan hidupNya untuk merantai Syaitan yang selalunya adalah dalang kepada semua kekerasan, keganasan, penindasan, perhambaan, dan falsafah keagamaan yang terputarbelit.

Kita telah mewarisi keadaan dunia masa kini dengan seruannya untuk orang-orang pemberi pengaruh, Daripada Salib di Kalvari dan sehingga seterusnya, kita kehilangan sesuatu. Dan sekiranya kita kehilangan, kehilangan itu adalah dalam perkara doa yang sejati, kehilangan itu adalah kita tidak mengutamakan Roh doa dan oleh itu tidak dapat menterjemah kejadian masa kini – bahawa kita tidak dapat melihat dengan cukup jelas bagi diri kita untuk memberikan pengaruh kepimpinan dan penebusan kepada orang lain.

Terdapat banyak yang boleh kita lakukan, yang boleh kita tawarkan kepada dunia, tetapi sumbangan terbesar adalah kita mengenal Tuhan, dan dalam doa mendengar suaraNya dan sanggup dengan hikmat untuk menyesuaikan perjalanan rutin dan disiplin untuk mencapai garis akhir – memimpin!”

(Diambil daripada “Global Influence”, Shirley Weaver Ministries Daily Devotional)

Takdir orang-orang kudus, dan dunia bergantung kepada bagaimana kita memberi respon kepada perubahan. Pengakhiran kita teguh di dalam Kristus. Tetapi hasil perjalanan kita di bumi ini ditentukan oleh ketaatan dan pilihan kita. Berdoa. Pilihlah dengan baik, berjalan dengan benar.


FOKUS DOA
Hari ini, mintalah kepada Tuhan untuk menyatakan kepada kamu perubahan yang kamu perlukan untuk membentuk hidup kamu, gaya hidup dan sikap kamu. Berdoalah kepda Tuhan untuk memampukan kamu mengikuti apa yang Dia nyatakan kepada kamu.