[Hari 19] Jalan yang Lebih Tinggi


Image
HARI 19
Jalan yang Lebih Tinggi


Carilah TUHAN selama Ia berkenan ditemui; berserulah kepada-Nya selama Ia dekat! Baiklah orang fasik meninggalkan jalannya, dan orang jahat meninggalkan rancangannya; baiklah ia kembali kepada TUHAN, maka Dia akan mengasihaninya, dan kepada Allah kita, sebab Ia memberi pengampunan dengan limpahnya. Sebab rancangan-Ku bukanlah rancanganmu, dan jalanmu bukanlah jalan-Ku, demikianlah firman TUHAN. Seperti tingginya langit dari bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku dari jalanmu dan rancangan-Ku dari rancanganmu.”
Yesaya 55:6-9

Saya menunggang motosikal saya di belakang seorang penghantar makanan. Dia menunggang motosikal dalam kelajuan yang sederhana dua lorong dari saya. Tidak lama kemudian saya melihat, dia melanggar bumper kereta di depannya dengan bunyi yang kuat, merosakkan bumper tersebut. Sebagai penunggang motosikal, saya tahu perkara seperti ini terjadi kerana penunggang itu penat, atau fikirannya di tempat lain atau kedua-duanya.

Apabila kita menelusuri jalan kehidupan, kita perlu membuat keputusan bagaimana harus kita hidup. Kita boleh memilih jalan yang mudah dengan mengambil “jalan pintas”. Kita mungkin memilih jalan yang benar, mengikut cara dan definisi kita. Atau kita boleh memilih jalan Allah. Jalan yang kita pilih akan menentukan bagaimana kita fokuskan fikiran kita dalam minda kita. Sekiranya kita memilih jalan Tuhan, kita juga akan mencari fikiranNya, hatiNya dan kesukaanNya. Jika kita memilih jalan pintas, jalan yang paling kurang rintangan, kita mungkin cenderung untuk berkompromi dalam nilai nilai kita. Sekiranya kita memilih jalan yang benar menurut definisi dan keselesaan kita, kita akan jatuh ke dalam kemusnahan yang dibawa oleh keangkuhan dan kedagingan kita.

Sekiranya kita memilih untuk berjalan dalam jalan Tuhan tetapi membenarkan fikiran kita terpesong, kita mungkin akan berakhir dengan kemusnahan, sama seperti apa yang terjadi kepada penghantar makanan itu. Jalan Tuhan selalunya lebih tinggi daripada jalan kita.

Itulah sebabnya kadangkala kita tidak dapat memahami jalanNya dengan kapasiti pemahaman kita yang terhad. Kita perlu hanya percaya kepadaNya. Benarkan Dia memimpin kamu ke dalam jalanNya sekiranya kamu mendapati diri kamu ‘tersangkut’ dalam kehidupan kamu sekarang. FikiranNya selalunya lebih tinggi daripada fikiran kita, lebih tinggi daripada apa yang boleh kita bayangkan. Sekiranya kita memilih jalanNya kita akan mengetahui fikiranNya, kita akan memikirkan fikiranNya. Apabila kita memikirkan fikiranNya kita akan membuat keputusan yang bijak dan saleh yang akan memimpin kita kepada keberhasilanNya, kemakmuran dan kemenanganNya.

Pilihlah untuk berjalan dalam jalan Allah hari ini. Carilah Dia (bukan hanya berkatNya), berserulah kepadaNya (berdoa dengan akal budi dan dalam Roh), meninggalkan jalan yang jahat dan pemikiran yang terpesong (pertaubatan), kemabli kepada jalanNya seperti yang Dia nyatakan kepada kamu, dan diberkati!


FOKUS DOA

Luangkan waktu:

  1. Sembahlah Tuhan dalam keagunganNya, memuji Dia dan bersyukur kepadaNya kerna kebaikanNya dan kesetiaanNya.
  2. Berserulah kepadaNya untuk menunjukkan kepada kamu jalanNya, dalam bahagian kehidupan kamu yang kamu bergumul.
  3. Bertaubat di mana waktu-waktu kamu memilih cara kamu sendiri secara degil.
  4. Serahkan pergumulan kamu kepada Tuhan. Mintalah daripadaNya langkah-langkah praktikal yang perlu kamu ambil.