[Hari 20] CaraNya, Jalan kita


Image
HARI 20
CaraNya, Jalan kita


Tunjukkanlah jalan-Mu kepadaku, ya TUHAN, dan tuntunlah aku di jalan yang rata oleh sebab seteruku.
Mazmur 27:11

Hidup adalah tentang membuat pilihan. Ini menunjukkan bahawa terdapat pilihan untuk kita pilih. Kebebasan untuk memilih adalah bahagian utuh dalam kemanusian kita, kerana Allah telah memberikan kita kehendak sendiri. Berkeras akan kebebasan memilih tanpa memiliki beberapa pilihan yang ada di hadapan kita adalah bahaya. Kerana sekiranya tiada satu pun pilihan di hadapan kita yang memimpin kita kepada harapan dan hidup, kebebasan memilih hanyalah sia-sia semata-mata.

Pemazmur meminta supaya diberikan dihadapanNya sebuah pilihan yang akan memimpin kepada harapan dan hidup, apabila dia meminta Tuhan mengajarNya jalanNya. Dalam hidup, kita selalu berhadapan dengan cabaran dan pekerjaan musuh. Bagaimana kita berjalan melalui perangkap simpang siur, kegagalan, pencubaan, dan serang hendap yang membawa kita terkeluar daripada destini yang Allah berikan? Kita harus memiliki jalan Tuhan dalam kita. Kita perlu belajar jalanNya, biasa dengannya, dan mendalaminya. Hanya apabila kita memiliki jalanNya dalam kita, maka kita dapat mengenalpasti pimpinanNya dalam setiap keputusan yang kita buat. Jalan yang rata yang Pemazmur rindukan tidak didapati di atas sebuah peta, tetapi ia muncul apabila kita membuat pilihan yang saleh – memilih jalan Tuhan, untuk memilih jalan Roh daripada jalan kedagingan kita.

Jalan Roh adalah jalan Kebenaran. Ia memimpin kita kepada jalan pengharapan dan kehidupan. Bagaimanapun, jalan kedagingan akan memimpin kita membuat keputusan yang akan menujukan kita kepada kemusnahan dan bencana, membuka pintu kepada musuh untuk menyiksa kita. Saya mengingat kembali orang bercerita tentang “jalan tikus” – jalan yang dilalui oleh pendatang untuk memasuki Negeri Sabah secara haram. Ini jelasnya dibuat oleh orang yang memilih jalan kedagingan. Akibatnya pilihan-pilihan ini terbukti hari ini dalam Negeri kita, di pelbagai bidang.

Semua kita memiliki pilihan. Allah telah menayatakan diriNya melalui FirmanNya dan oleh Roh KudusNya. Sekiranya kita memilih seperti pilihan Pemazmur, pilihan itu akan memimpin kita kepada jalan pengharapan dan kehidupan. Apabila kita diberikan peluang untuk memilih, pastikan diantara pilihan dihadapan kita, terdapat jalan Tuhan.

Pilihlah dengan bijak. Jalan yang kamu lalui akan menentukan masa depan kamu.


FOKUS DOA
Tinggalkan dan tolak setiap jalan yang ditentukan oleh kedagingan, dunia dan iblis. Bertaubat daripadanya sekiranya kamu telah melalui jalan tersebut sebelum ini. Berdoa kepada Tuhan agar memimpin kamu, gereja dan bangsa untuk berjalan dalam jalanNya.