Tetapi kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke ujung bumi."
Saya masih ingat ketika pertama kali mengalami bateri kereta mati. Saya meminta pertolongan daripada seorang rakan. Dia memandu kereta kecilnya tepat di sebelah kereta saya, dan kami gunakan kabel penyambung cuba menghidupkan enjin kereta saya. Kami telah melalukan semua yang kami tahu tetapi kereta masih tidak dapat dihidupkan. Ahkirnya, kami menyerah dan saya menelefon mekanik. Tidak lama selepas itu, mekanik datang dengan kereta pacuan empat roda nya. Dia keluarkan kabel penyambung yang jelas lebih tebal daripada kabel yang saya dan rakan saya gunakan. Dia sambungkan bateri keretanya kepada bateri kereta saya. Lalu saya cuba hidupkan kereta saya. Dengan satu cubaan sahaja, kereta saya hidup kembali! Saya hairan dan tanya sebabnya. Lalu mekanik ketawa danjawab bahawa bateri kereta rakan saya tidak cukup kuasa untuk menghidupkan kereta saya, dan kabel yang digunakan terlalu nipis dan tidak sesuai untuk menyalurkan kuasa yang mencukupi.
Setiap kali ada kekurangan kuasa, di mana kuasa tidak dapat dihasilkan lagi, sumber kuasa luaran diperlukan. Semakin besar kekurangan, semakin besar kuasa luaran yang diperlukan. Ini menunjukkan bahawa, semakin besar suatu tugas, semakin besar kuasa diperlukan.
Sebelum Yesus diangkat ke syurga, murid-murid-Nya diminta oleh Yesus untuk tunggu di Yerusalem. Sebenarnya, Dia berkata menunggu kuasa dari syurga, untuk menunggu Roh Kudus dicurahkan ke atas mereka. Mereka diarah bahawa ini adalah langkah yang penting sebelum mereka pergi bersaksi untuk Yesus kepada dunia. Nampaknya ia mencadangkan dua perkara (kemungkinan kedua-dua perkara ini adalah benar): Pertama, tugas dan perjalanan di depan para murid adalah sangat mustahil untuk diselesaikan; Kedua, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk meneruskannya, kekurangan kuasa yang teruk. Oleh itu, mereka memerlukan kuasa Roh Kudus dari syurga!
Di dunia yang kita tinggal sekarang ini, ramai di antara kita, jika bukan semua, dapat merasakan bahawa keadaan kita sama seperti murid-murid Yesus. Kita perlukan kuasa dari syurga, kita perlukan curahan Roh Kudus ke atas kita. Kita juga perlukan hikmah-Nya, rahmat-Nya, bimbingan-Nya, keupayaan-Nya untuk menghadapi cabaran di depan kita. Kita memerlukan Roh Kudus untuk memenuhi hidup dan hati kita dengan hadirat Allah, dengan kedamaian-Nya, dengan iman dan pengertian luar biasa-Nya. Oh, betapa kita memerlukan Dia!
Pada hari Pentakosta, Roh Kudus dicurahkan ke atas murid-murid Yesus. Sejak Pentakosta yang pertama itu, Allah ingin dan sudi mencurahkan Roh Kudus-Nya, iaitu Kuasa dari Syurga kepada kita. Sama seperti menggunakan kabel penyambung yang betul untuk menghidupkan kereta saya, kita memerlukan ‘kabel’ yang betul untuk menerima urapan Roh Kudus – kerendahan hati di depan Allah, mengakui kita memerlukan Dia dan tanpa Dia, kita akan menjadi miskin dan tidak berdaya.
Marilah kita gunakan kabel yang betul! Rendahkan diri kita di hadapan Allah dan kelaparan akan Roh Kudus. Terimalah Dia sekarang!