[Hari 26] Kasih yang Tiada Tandingannya


Image
HARI 26
Kasih yang Tiada Tandingannya


Ia, yang tidak menyayangkan Anak-Nya sendiri, tetapi yang menyerahkan-Nya bagi kita semua, bagaimanakah mungkin Ia tidak mengaruniakan segala sesuatu kepada kita bersama-sama dengan Dia?
Roma 8:32

Di dunia yang kita tinggal sekarang ini, janji-janji dibuat setiap hari, dan sering kali tidak dipenuhi atau diingkari. “Kata-kata itu murah!’, kata para realis. Dalam beberapa keadaan yang jarang berlaku, sesetengah pengeluar akan memberi ‘jaminan seumur hidup’ untuk beberapa produk. Jaminan ini, sebenarnya, ada batasannya juga.

Allah yang telah mengurniakan manusia dengan karunia terbesar secara cuma-cuma yang tidak dapat dibayangkan diterima oleh manusia, iaitu Anak tunggal-Nya Yesus Kristus, adalah TUHAN yang menunaikan semua janji-janji-Nya. Sejak manusia berdosa terhadap Allah di Taman Eden, Dia telah merancanng untuk menebus manusia dari belenggu dan jerat dosa. Sepanjang Perjanjian Lama, Dia menjanjikan keselamatan bagi manusia, dan memberikan harapan kepada dunia. Dia memang telah menunaikan setiap janji yang Dia buat untuk menyelamatkan manusia, sesuai dengan firman-Nya. Dan kata-kata-Nya pasti tidak murah.

Bahagian yang paling mengagumkan adalah: Dia tidak hanya menunaikan janji-Nya dengan memberikan kepada kita hadiah yang paling berharga, Dia juga memberikan Diri-Nya kepada kita. Dia juga ‘menjamin’ dengan firman-Nya yang tidak pernah gagal bahawa Dia akan memberikan kita semua di dalam hidup ini, dan dalam hidup yang akan datang. Dia juga berjanji menjaga kita seumur hidup. Ini bermaksud setelah Dia menunaikan janji-Nya, Dia akan memberikan kita jaminan seumur hidup, iaitu kasih-Nya terhadap kita yang tidak akan gagal!

Betapa mengagumkan kasih Bapa kita terhadap kita! Kasih yang tidak tererti. Kasih yang tidak dapat difahami. Kasih yang tiada tandingannya. Pada saat kita mengingati dan merenungkan kasih Bapa Syurgawi kita, marilah kita luahkan kesyukuran kita kepada Dia, di mana melalui Dia, kita mempunyai hidup, pengharapan dan tujuan. Marilah kita mengikat diri kita kepada-Nya, sebagaimana Dia mengikat diri-Nya kepada kita. Marilah kita berhasrat menjalani satu kehidupan yang akan membanggakan Bapa kita!


FOKUS DOA
Ucap syukur kepada TUHAN ke atas kasih-Nya kepada kita. Bersyukur dan hargai semua orang di sekitar kita di mana Allah telah melaui mereka, nyatakan kasih-Nya secara praktikal. Mintalah TUHAN supaya memakaigunakan kita sebagai saluran untuk menyampaikan kasih-Nya kepada orang-orang di sekitar kita.