[Hari 29] Penipuan dan Tertipu


Image
HARI 29
Penipuan dan Tertipu


Maka kata-Nya kepada orang-orang Yahudi yang percaya kepada-Nya: "Jikalau kamu tetap dalam firman-Ku, kamu benar-benar adalah murid-Ku dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu." Jawab mereka: "Kami adalah keturunan Abraham dan tidak pernah menjadi hamba siapapun. Bagaimana Engkau dapat berkata: Kamu akan merdeka?" Kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya setiap orang yang berbuat dosa, adalah hamba dosa. Dan hamba tidak tetap tinggal dalam rumah, tetapi anak tetap tinggal dalam rumah. Jadi apabila Anak itu memerdekakan kamu, kamupun benar-benar merdeka.
Yohanes 8:31-36

Apakah kata lawan kebenaran? Saya letakkan sebagai: penipuan.

Penipuan ada kaitan dengan tipu helah dan pembohongan yang menyamar sebagai kebenaran. Sekurang-kurangnya ada dua elemen agar penipuan berjaya. Pertama, ia mesti menyakinkan, malah kadang-kadang disertakan dengan penjelasan atau bukti yang nampak logik. Kedua, orang yang tertipu mesti tertarik dengannya, percaya bahawa ia adalah keputusan yang baik untuk dikuti.

Yesus berbicara tentang kuasa kebenaran untuk membebaskan kita dari perbudakan. Dosa memperbudakkan. Manakala kebenaran membebaskan. Untuk bebas dari penipuan, kita harus membenarkan kebenaran mendedahkan pembohongan dalam penipuan terlebih dahulu. Sebaik sahaja kita percaya pada pembohongan, ia akan bersarang di dalam sistem kepercayaan kita. Kita perlu mengenali Yesus secara intim, Yesus adalah Kebenaran, kerana kebenaran akan menjatuhkan pembohongan di dalam sistem kepercayaan kita. Kemudian, barulah kebenaran dapat membebaskan kita.

Kita dapat lihat ramai orang yang tertipu dengan pembohongan musuh yang meyakinkan. Apabila kita mempercayai pembohongannya, ia akan memperbudakkan kita. Pembohongannya akan mengkaburi penglihatan kita, sehingga kita tidak dapat melihar kebenaran Allah – mengenai identiti kita, nilai kita, tujuan kita, destini kita, pekerjaan Allah, tangan Allah, kasih Allah.

Orang yang tertipu akan selalu terdedah kepada penipuan. Orang yang tertipu tidak akan tahu atau tidak dapat menyedari bahawa mereka ditipu, sehingga mereka mengetahui Kebenaran secara peribadi dan intim. Mereka tidak dapat melihat bahawa mereka diperbudakkan sehingga Kebenaran mendedahkannya.

Datanglah kepada Yesus hari ini, bukan hanya untuk ‘mengetahui tentang Dia’, tetapi untuk mengalami Dia di dalam seluruh kepenuhan-Nya. Dia mahu anda mengenali Dia.


FOKUS DOA
Tinjau kembali bahagian-bahagian dalam hidup anda (di mana anda bergumul, mengalami kekalahan, kurang berbuah) dan meminta Yesus untuk mendedahkan segala pembohongan yang mendalam. Bertaubat kerana mempercayai pembohongan musuh. Tolak pembohongan tersebut dan takhtakan Yesus (Kebenaran) di atas bahagian tersebut.