[Hari 34] Mempercayai Allah yang Setia


Image
HARI 34
Mempercayai Allah yang Setia


Tetapi terhadap janji Allah ia tidak bimbang karena ketidakpercayaan, malah ia diperkuat dalam imannya dan ia memuliakan Allah dengan penuh keyakinan, bahwa Allah berkuasa untuk melaksanakan apa yang telah Ia janjikan. Karena itu hal ini diperhitungkan kepadanya sebagai kebenaran
Roma 4:20-22

Apabila seseorang berjanji kepada kita tanpa jaminan yang nyata atau jaminan yang fizikal, kita hanya dapat bergantung kepada kata-kata orang tersebut. Kebolehpercayaan kata-kata itu benar-benar bergantung kepada sifat orang yang membuat janji itu.

Bayangkan apa yang pasti dihadapi Abraham ketika Allah menjanjikan kepadanya pewaris dari badannya pada usia tua, untuk dia dan isterinya Sarah!  Tuhan inilah yang telah memberkati dia dengan pelbagai cara, yang telah memberinya banyak kekayaan, dia disenangi oleh manusia, memiliki hamba-hamba yang setia, dll. Di tengah-tengah semua bukti kesetiaan Tuhan, masih ada satu janji yang terhindar dalam hidup Abraham dan Sarah – iaitu seorang anak lelaki yang dilahirkan oleh Sarah dan Abraham. Janji ini mempunyai sifat yang berbeza. Ia berlawan dengan sifat alam semula jadi. Mereka cuba berusaha menolong Tuhan dan menjadikan Hagar ibu kepada keturunan Abraham. Tetapi itu bukan cara Tuhan, bukan seperti yang dijanjikan Tuhan, bukan bagaimana Tuhan akan melakukannya.

Kadang-kala dalam hidup kita, kita sangat diberkati dengan pelbagai cara. Namun, adanya satu janji Tuhan yang terhindar, satu janji yang mempunyai sifat yang sangat berbeza. Sebagai contoh, kita mungkin diberkati dengan keluarga yang baik, rakan-rakan yang menyokong dan kesihatan yang baik, tetapi satu janji Tuhan yang kita rindukan adalah berkat dari segi kewangan – sifat janji ini sangat berbeza.

Atau pun kita mungkin diberkati dari segi kewangan, dengan kesihatan yang baik tetapi kita rindukan pemulihan hubungan kekeluargaan. Lihatlah, ketika Tuhan telah menunjukkan kesetiaan-Nya kepada satu janji yang tertentu, mudah bagi kita untuk mempercayai-Nya bagi janji-janji yang "sejenis". Tetapi dapatkah Dia memenuhi  janji yang berlainan jenis?

Inilah masanya kita berpeluang untuk mengenali satu bahagian lain tentang Tuhan kita yang Setia. Inilah saatnya bila iman amat diperlukan, bukan hanya mempercayai kata-kata Tuhan tetapi juga mempercayai Tuhan yang mengucapkan kata-kata itu. Dia menepati janji dan mempunyai kekuatan untuk memenuhi apa yang telah dijanjikan-Nya.

Adakah kamu mempercayai Tuhan untuk melakukan perkara baru dalam hidup kamu? Adakah kamu menunggu Tuhan menunaikan janji-Nya tentang sesuatu yang sangat berbeza dengan jenis berkat yang pernah kamu alami? Yakinlah bahawa Dia mampu dan bersedia untuk memenuhi kata-kata-Nya. Bertumbuh kuat dalam imanmu sehingga kemuliaan Tuhan dapat dilihat dalam hidupmu, seperti yang dilakukan Abraham.


FOKUS DOA
Jangan berputus asa dengan janji-janji Tuhan. Ingat kembali setiap janji itu seperti yang telah dinyatakan oleh Tuhan kepada kamu dalam firman-Nya. Berdoalah secara khusus untuk setiap janji itu ditunaikan dalam hidupmu, keluarga, Gereja dan negara.