[Hari 36] Dilucuti


Image
HARI 36
Dilucuti


Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus, yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan, melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia. Dan dalam keadaan sebagai manusia, Ia telah merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib. Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas segala nama.
Fiipi 2:5-9

Berita mengenai jangkitan Covid-19 di seluruh dunia membanjiri media kita setiap hari. Walaupun terdapat harapan vaksin, kesan pandemik ini terus berleluasa di pelbagai bidang dalam kehidupan manusia dan masyarakat. Kita mengalami beberapa perkara yang telah dilucutkan - kemudahan, keselesaan, interaksi sosial, cara beribadah yang biasa dilakukan, pembelajaran, perlancongan, dan lain-lain. Bagi sesetengah orang, bahkan keperluan asas mereka telah lucut. Keadaan "dilucutkan" tentu tidak selesa dan memberi tekanan kepada roh, jiwa dan tubuh kita.

Paulus berbicara bahawa kedatangan Yesus ke dalam dunia juga melibatkan "pelucutan". Sebenarnya, pelucutan itu sampai ke tahap sehingga Anak Allah "mengosongkan Diri-Nya". Kadang-kala Allah perlu terlebih dahulu menanggalkan sesuatu dari kita, mengosongkan kita daripada segala bentuk pergantungan selain daripada Diri-Nya supaya Dia dapat melaksanakan kehendak-Nya yang sempurna dalam diri kita. Hanya dengan cara itu, kita dapat dinaikkan ke tempat di mana kehendak-Nya yang sempurna menjadi ternyata dalam diri kita.

Matt Redman dalam lagunya ‘Heart of Worship’, menulis:

Apabila muzik semakin pudar
Dan semua dilucutkan
Dan saya hanya datang
Rindu untuk membawa
Sesuatu yang bernilai
Yang akan memberkati hati-Mu

Korus:
Saya kembali kepada intipati penyembahan
Semuanya adalah mengenai Engkau

Semuanya mengenai Engkau, Yesus
Maafkan saya atas apa yang  saya telah  perbuat
Sebab semuanya adalah mengenai Engkau
Semuanya mengenai Engkau, Yesus

Sekiranya selama ini kamu terasa beberapa jenis pelucutan atau pengosongan telah berlaku dalam hidupmu, datanglah kepada Yesus. Tabahkan hati. Allah mengosongkan kamu supaya Dia dapat mengisi kamu dengan yang terbaik dari Dia! Dia sedang mempersiapkan kamu untuk perkara-perkara yang lebih besar di masa depan!


FOKUS DOA
Menyerah kepada Yesus apa yang telah "dilucutkan" dari kamu atau dari orang yang kamu sayangi. Berdoalah agar Tuhan mengisi kekosongan tersebut dengan yang terbaik.