Buanglah ragi yang lama itu, supaya kamu menjadi adonan yang baru, sebab kamu memang tidak beragi. Sebab anak domba Paskah kita juga telah disembelih, yaitu Kristus. Karena itu marilah kita berpesta, bukan dengan ragi yang lama, bukan pula dengan ragi keburukan dan kejahatan, tetapi dengan roti yang tidak beragi, yaitu kemurnian dan kebenaran.
Organisasi Pengakap di Amerika menghadapi kemuflisan!
Sehingga Februari 2020, lebih daripada 12,000 kes penderaan seksual telah muncul yang didakwa telah dilakukan oleh para pemimpin Pengakap. Organisasi ini tidak mempunyai pilihan selain mengajukan tuntutan kemuflisan untuk perlindungan kerana jumlah tuntutan ganti rugi oleh mangsa-mangsa boleh mencapai ratusan juta Dolar Amerika Syarikat!
Rasul Paulus dalam suratnya kepada umat Kristian di Korintus pada zamannya, memperingatkan agar mereka tidak berkompromi dalam dosa seksual. Dia menggambarkan dosa seksual (dan dosa secara umum, sebenarnya) mempunyai ciri-ciri seperti ragi. Sekiranya dibiarkan, kesannya akan berlarutan dan membawa kepada kehancuran dan kesakitan. Paulus menggambarkan dosa seksual yang ditoleransi oleh umat Kristian di Korintus, malah adalah mengerikan bagi orang yang tidak percaya. Apa pun kewajaran/alasan untuk kompromi seperti itu, Paulus menekankan betapa parahnya kelalaian itu, dan mengatakan bahawa daging itu harus "mati", agar roh dapat diselamatkan.
Apapun kompromi dosa yang mungkin kita pernah lakukan, malah atas alasan yang terbaik, tidak akan menghindarkan kita dari kekotoran yang meluas dan menyebabkan penderitaan kepada ramai orang-orang yang tidak bersalah. Keinginan seksual yang tidak wajar dan pilihan seksual yang tidak salih yang dibuat oleh manusia, jika tidak menyerah kepada Tuhan dan bertaubat, ia boleh menghancurkan banyak jiwa. Ia boleh mengakibatkan kerosakan yang mendalam kepada generasi akan datang. Ini membuka pintu bagi syaitan memegang generasi yang akan datang, bahkan seluruh peradaban berada dalam perhambaan. Pertempuran melawan kompromi yang rumit ini adalah tanggungjawab individu dan Gereja. Individu tersebut perlu bersetuju dengan kata-kata Tuhan dan bertaubat. Gereja perlu menasihati dengan kasih, memberi pelayanan penyembuhan dan pembebasan, dan membawa mereka yang diikat dalam perhambaan ini, termasuk mangsa-mangsa yang teraniaya, ke dalam doa dan perang rohani. Orang yang teraniaya jika tidak sembuhkan, mereka akan menganiaya orang lain.
Mari kita mula menangani sebarang kompromi dosa. Marilah, buangkan ragi itu!